Sunday, July 4, 2010

Argentina 0 - 4 Jerman

Edisi kira telur sebelum menetas


Sampah gila Argies. Lawan team true aryan super race tak boleh lepas punya. Maradona takde idea ke? Messsi pulak nampak tak keruan. Mungkin dia confuse kot? Bila dia tengok muka Kedhira dia pening kepala

"Aku lawan Germany ke? Apsal midfielder ni muka macam Milan Barros?"

Sekarang halftime

Letak 1o Deutchmarks yang Germany akan ke semi final. Fußballnationalmannschaft terlalu superior.

p/s : Kalau Germant kalah gak memang tak Nostradamus la ku

----------------------------------------------------------------------------

Edisi telur menetas keluar Dragon Ball

Jerman memang master counter attack. Dengan Australia dia score 4 gol. Lawan England dia masukkan empat. Tanpa diduga Argentina pun masuk kelab pasukan yang di Blitzkrieg oleh Fußballnationalmannschaft. How do we start? Dari awal perlawanan sudah boleh dijangka Argentina tak akan dapat bermain tippy-tappy football diorang. Pertahanan Jerman dengan mudah menutup setiap ruang yang ada. World Footballer of the Year pun langsung tidak menyerlah. Hanya bila perlawanan hampir tamat barulah ada shot on target dari Messi. World best player? World class? Based on that performance Messi is no better than Rooney. Yep! Selepas perlawanan menentang German tempohari media tabloid England menghentam teruk Rude Boy Rooney. Banyak komen di website bolasepak England mengatakan Rooney tidak world class seperti Messi. Well now we know Messi pun jadi macam pemain pencacai bila berdepan dengan back line Jerman yang imperious seperti Tembok Berlin.

Adakah ini bermakna England tidak sesampah yang disangka? Maybe but who gives a shit. Bedasarkan form aku meletakkan Jerman sebagai favourite untuk memenangi Piala Dunia.

Man of the Match


Mirsolav Klose - Pada awalnya aku nak bagi kepada Mertesacker kerana berjaya membuatkan Messi menjadi peripheral figure. Lepas tu aku nak bagi kepada Schweinteiger. Tapi dengan dua gol aku bagi MOTM kepada Klose. Kini Klose telah melangkau Pele didalam ranking pemain paling banyak menjaringkan gol di Piala Dunia dan kini sebaris dengan Gerd Muller dan hanya satu gol dibelakang Fat Ronaldo.


Man of the Match - Argentina


Carlito Tevez - It's either Carlito atau Angel De Maria. Aku pilih Tevez pasal dia tak pernah give up walaupun player lain dah tak mampu nak berlawan. Messi give up terus lepas gol kedua dijaringkan. Tevez semakin bersemangat aku tengok the more goals were scored. Kepada peminat Man U dan City mereka pasti dah familliar dengan sikap Carlito yang tak tahu nak givap. Kesian pulak aku tengok segala usaha dia berakhir dengan kehampaan


Bastard of the Match


Tiada - banding dengan perlawanan Brazil Holland semalam game ni very tame. Ref pun nice tak buta. Paling keji pun Monster Mascherano. Tapi itu memang style dia hard tackling tapi fair.


Goal of the Mach



Miroslav Klose - gol pertama Klose memadamkan harapan Argentina. It wasn't pertty but dia punya level of menganjing cukup tinggi. Tap in bola kedalam gawang yang kosong. Humiliation!


Save of the Match


Tiada - Manuel Nauer boleh tidur dalam gol kalau dia nak pasal jarang diuji serangan Argentina. Sergio Romero pulak fakap gila dengan first gol.


LOL of the Match



Maradona pegang tasbih (rosary beads) bila the inevitable finally came. Doa la banyak mana pun Argies tetap kena tapau!


Rockstar of the Match



Martin Demechelis - First half rambut macam peyanyi Poison Brett Michaels. Second half rambut bertocang macam Jason Newsted circa 1989 Live Shit Binge and Purge.


Messi Verdict



Macam Rooney dan Ronaldo, Messi aku rasa cukup menghampakan dalam Piala Dunia kali ini. Mungkin expectation terlalu tinggi dan the second coming of Maradona nampak telalu ordinary. Dalam perlawanan malam ni tak ada satu killer pass, moment of genius atau magical dibble dari Messi. Mertesacker si gergasi dari Hannover dengan mudah mengekang si kerdil Messi dari Rosario. Setiap kali Messi cuba nak dribble kaki Mertesacker dah tackle. Physically memang nampak tak adil macam Big Show lawan Ray Mysterio. Musim depan kalau lawan Barcelona letakkan player gergasi yang laju macam Per Mertesacker untuk man mark Messi. Sure kena tapau!


Konklusi


Jerman sekarang pasti favourite dikalangan kaki judi bola. Kemenangan cukup selesa dan total. Argentina langsung tak nampak ada hope untuk menang let alone pull a goal back. Passing dan counter attacking Jerman memang terbaik!

Argentina pulak promised so much but delivered little. Dalam group game bagi aku Argies tak berapa meyakinkan.

Jumpa anda di game Spain Paraguay pula!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails