Sunday, July 4, 2010

Brazil 1 - 2 Oranje


Gua dah kata sebelum tournament start Sneijder mesti menyengat! WAAAAAAAAAAA!!!!!!

Gua dah kata Oranje mesti gagah malam ni! Lu tak caya! WAAAAAAAAAAAAAAAA!

Dua-dua gol ada penangan Wesley Snipes Sneijder...... Bookey kasi bayar sama gua.



Man of the Match

Wesley Sneidjer - Satu "assist" dan satu gol. 5 gol dalam 7 perlawanan so far bagi star player Holland untuk edisi Piala Dunia kali ini. Sneidjer red hot sejak final ECL tempohari.


Man of the Match Brazil


Kaka - first half flicks dia dengan Robinho memang cukup outrageous. Kaka finally come alive selepas menamatkan musim pertama La Liganya yang hambar. Malangnya walaupun bermain dengan baik dia tetap akan pulang awal dari Afrika. On the bright side kita tak akan nampak lagi baju "Saya milik Jesus" Kaka jika Brazil menang.


Bastard of The Match


Yuichi Nishimura - aneh sial ref ni. Banyak tackle dan diving sepanjang match dia tak bagi yellow card. Michel Bastos dan Mark Van Bommel dua-dua agak bernasib baik tak kena kad merah kerana melakukan banyak sinikal fouls. Dani Alves boleh dilihat hangin satu badan dengan ref. Robinho pun aku rasa bernasib baik tak kena yellow kerana dissent. Adakah ref terlalu lenient atau sebenarnya dia buta?


Goal of the Match


Robinho - finishing dengan tenang menyudahkan through pass Filipe Melo yang sungguh sublime.



Save of the Match


Maarten Stekelenburg menyelamatkan percubaan Kaka separuh masa pertama.


LOL of the Match

Muka Maicon macam nak bunuh orang selepas percubaannya yang ditampan Stekelenburg tidak diberikan tendangan sudut.


Konklusi

Brazil sebenarnya jauh lebih bagus dari Belanda semasa separuh masa pertama. Nampak lagi settled dan banyak melakukan pergerakan yang menarik. Pemain Holland nampak agak statik sehinggakan Van Bommel yang selalunya reliable nampak agak sampah.

Perlawanan berubah setelah freekick Sneidjer ditanduk masuk oleh Melo ke gawang sendiri. Selepas gol tersebut Holland mendapat semangat untuk kill the game. Bila gol kedua dijaringkan perlawanan jadi terbalik. Holland lebih tenang sementara Brazil mula main macam gampang. Takcling macam sampah dan mughallazah. Passing pun mula menyerupai England dengan hantaran kedepan tanpa arah tuju.

Tahniah Holland.....tapi next match 2 player suspended. De Jong dengan Van Der Wiel. Boleh lepas ke?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails