Saturday, July 3, 2010

FOTOGRAFI & ANDA

Ini adalah satu persoalan yang agak berat kepada mereka yang baru menceburkan dalam bidang ini.Saya dapati ramai fotograper (saya maksudkan yang amatur) sering keliru (blur) dengan kategori apakah yang sebenarnya paling sesuai dengan keinginan dirinya.

Cuba kita lihat pada tombol mod setting yang terdapat pada kamera DSLR. Yang makakah pilihan kita? Setiap satu setting ini telah dilaraskan oleh pembuatnya untuk tujuan tertentu.

Melihat pada ikon-ikon ini terdapat lebih dari 4 pilihan seperti;

1.Potrait
2.Lanskap
3.Mikro
4.Sukan

Ini tidak lagi kita bicarakan katogeri yang lain-lain seperti kandid, underwater, human interest, fine art, action, reporting, dll.

Bagaimanakah kita dapat memastikan kategori apa yang benar-benar sesuai dengan pilihan kita ?

Keadah yang saya cadangkan ialah;

1. Kumpulkan semua foto yang telah anda rakam pada satu folder.

2. Asingkan atau buat pendua foto-foto yang anda suka ke folder baru.

3. Buat beberapa folder baru dan namakan folder-folder itu seperti ;
• Langskap
• Potrait
Close Up
• Sukan/Action
• Lain-lain

4. Asingkan foto-foto yang anda suka itu ke folder masing-masing (sila dapatkan pandangan orang lain jika anda tak pasti)

5. Folder yang mempunyai foto yang terbanyak dari folder-folder lain, itulah katogeri yang paling sesuai dengan jiwa anda.
Setelah mengetahui akan katogerinya maka eloklah anda dapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dari mereka yang sealiran dengan cita rasa anda itu. Ini termasuklah lensa-lensa dan aksesorinya.

NAK BELI KAMERA APA YE ?


Ramai bakal penguna kamera yang ingin membeli kamera sering kali persoalan inilah yang diajukan. Pada kebiasaanya ramai yang membuat keputusan untuk mendapatkan jenama dan model yang tertentu dari maklumat yang diperolehi melalui mediamasa ataupun rakan-rakan yang telah pernah dan berpengalaman dalam bidang fotografi. Cara ini adalah yang terbaik pada mereka yang belum pasti lagi untuk membuat pilihan. Walau bagaimanapun, pastikan siapa yang menasihati atau mempengaruhi pilihan anda itu.
Harus diingatkan peralatan aksesori fotografi sentiasa dan perlu ditambah mengikut kesesuaian kerja-kerja yang hendak dilakukan. Diantara yang lazimnya ialah denyar (Flash) dan lensa-lensanya. Setiap jenama kamera hanya boleh menggunakan aksesori yang dibuat khas untuknya, malah kini model-model yang tertentu dari jenama yang sama pun terikat pada aksesori yang dibuat khas untuk model yang tertentu saja.
Apabila saya ditanya soalan ini, secara ringkasnya saya mencadangkan belilah sesuatu yang;

• Biarlah bersesuaian dengan bajet anda.
• Jenama & model popular dikalangan rakan fotografi anda.

Kedua-dua faktor ini mampu membantu anda dan mudah memahami cara-gunanya dari mereka malah ini berkemungkinan anda dapat mengetahui akan aksesori-aksesori milik rakan anda itu.

Tetapi sekiranya anda seorang pengguna yang inginkan kelainan maka dapatkan maklumat dan rujukan yang berkaitan dari sumber-sumber yang sahih serta dari mereka yang arif dalam bidang fotografi bukannya dari jurujual kamera.

Setelah berpuas hati anda perlu melihat, memegang dan mencubanya sendiri (dalam primis kedai) sebelum pembayaran dilakukan. Ini sangat penting kerana rekabentuk setiap jenama dan model itu berlainan dan ini akan memberi kesan keselesaan untuk penggunaannya nanti.

Pada saya secara peribadi setiap jenama dan model kamera itu boleh disamakan dengan jenama dan model kenderaan, yang penting setiap pelaburan itu ada pulangannya.



Diantara kamera DSLR amatur yang popular setakat Disember 2009;

• Canon 1000D  RM 2,199.00
• Canon 450D    RM 2,499.00
• Nikon D3000   RM 2,288.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails