Friday, June 25, 2010

Blogger + Duit = Politik


awek cun

Sudah menjadi kebiasaan pada saya. Selepas subuh, benda pertama yang akan dibuat ialah melayari akhbar online dengan harapan ada berita yang betul betul boleh membuatkan diri saya berfikir. Seperti yang dijangka, dan anda sendiri sudah pasti tahu berita yang akan menjadi tajuk utama bagi Metro online setiap hari. Kisah seorang remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi semalam antara tiga topik utama di Metro.

Berlainan pula dengan Berita Harian online yang lebih ke arah cerita politik sebagai topik utama. Belum pun reda kisah di Hulu Selangor, kini Sibu pula menjadi perhatian umum terutama bagi mereka pemerhati dan penganalisis politik. 16 Mei, rakyat Sibu akan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir kawasan tersebut. Hari ini genap seminggu kampung saya terputus bekalan air. Mungkin dengan adanya pilihanraya seperti berikut barulah masalah ini akan selesai? Perumpamaan.

Bila bercakap tentang politik, tentang pilihanraya mungkin sesetengah pihak atau individu akan mengaitkannya dengan isu duit. Isu beli undi. Tetapi itu bukan minat saya untuk menulis dalam entri kali ini. Penulisan kali ini adalah mengenai dunia blog sendiri. Mungkin bagi saya, orang baru dalam dunia blogging perlu belajar lagi tentang selok belok mengenai blogging.

Apa yang saya ingin fokuskan ialah blogger + duit = politik. Anda faham apa yang dimaksudkan dengan persamaan tersebut? Semua orang tahu apa maksud blogger. Mereka yang menulis blog. Duit pula adalah matawang yang mempunyai nilai dalam urusan jual beli. Untuk definisi penuh mungkin boleh rujuk di sini. Politik anda boleh search melalui google.

Apa yang nak diperkatakan dalam entri ini sebenarnya ialah, melalui permerhatian saya yang juga seorang blogger kebanyakan blogger sekarang dan untuk lebih spesifik blogger baru lebih tertumpu kepada duit. Untuk naik dan popular dalam masa yang singkat mereka banyak menggunakan kelebihan ini, iaitu duit. Dengan membuat sebanyak mungkin kontes dengan menawarkan duit. Mungkin ini adalah salah satu terbaik untuk menarik trafik dan mendapat kenalan kenalan baru. Tetapi relevankah cara ini?

Selain duit, dengan menulis dan membuat entri yang berunsurkan untuk menjatuhkan sesetengah blogger lain juga boleh dikait rapatkan dalam dunia politik. Zaman sekarang, semua perkara adalah berkait rapat sekiranya kita memerhati sesuatu perkara dengan betul. Mungkin ada baik dan buruknya mengapa perkara seperti ini sering dilakukan. Saya yakin anda semua yang memang pakar dalam bidang ini pasti punya pendapat tersendiri bila bercakap tentang perkara ini.

ps ; sesiapa yang buat kontes jangan lupa bagitahu. haha!

pss ; pendapat yang bernas diperlukan bukan komen hentam individu lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails