Friday, June 25, 2010

Upin Dan Ipin, Pengaruh Kehidupan Kanak-kanak Islam

Hebat! Upin dan Ipin merupakan katakunci panas ke blog ini. Ketika itu di pengkalan data lama. Berlaku kesilapan dan data-data lama tidak dapat diselamatkan.

Upin,  Ipin, keluarga dan rakan-rakan

Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan

Upin dan ipin merupakan watak utama dalam animasi popular yang diperkenalkan oleh Les Copaque. Mula diperkenalkan di televisyen tempatan TV9 dan langsung mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan!

Rasanya di warga negara kita, siapa yang tak kenal dengan watak upin dan ipin? Bukan sahaja kanak-kanak malah ibu bapa turut dirangsang untuk mengetahui. Yalah bukankah ibu bapa perlu kawal aktiviti anak-anak.

Aku sebagai bapa, perlu kawal kegiatan anak-anak untuk memastikan mereka tidak didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak membawa kebaikan. Termasuk apa yang dipaparkan di televisyen dan paparan kisah upin dan ipin sudah pasti secara tak langsung mendapat tempat dihati aku.

Tidak meyangka, kisah yang diolah secara bersahaja yang mengisahkan kehidupan watak kanak-kanak ketika kecil dalam kelompok keluarga islam tersebut, turut mendapat tempat di hati anak-anak aku. Dan yang paling menarik mesej yang ditinggalkan meninggalkan kesan mendalam ke ataspsikologi anak-anak!

Antara perkara yang menarik perhatian anak-anak dalam kisah upin dan ipin tersebut,

  1. Islam – secara tak langsung dapat mendidik anak-anak tentang asas agama seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan lain-lain.
  2. Moral – anak-anak dapat lihat secara positif tentang nilai-nilai murniyang baik.
  3. Sosial – pergaulan antara kaum yang diolah begitu berkesan kena dengan budaya 1Malaysia.

Watak upin dan ipin dibantu oleh watak-watak yang jelas akan kriteria masing-masing. Watak-watak lain adalah,

  1. Opah – nenek yang menjadi penjaga sepenuh masa kepada upin dan ipin setelah kematian ibu bapanya.
  2. Kak Ros – kakak kepada upin dan ipin yang menjaga upin dan ipin secara part time (ha3).
  3. Rakan-rakan – Ehsan, Mail, Me Mei, Fizi, Jarjit dan ramai lagi (watak-watak ni aku tanya anak-anak aku, ingat eh? ha3).

Sebagai bukti yang berlaku kepada dunia realiti, sememangnya apa yang dipaparkan dalam siri tersebut meninggalkan kesan psikologi yang mendalam dalam kehidupan anak-anak. Sembahyang, puasa dan kelakuan baik telah tersemat dalam kepala anak-anak aku yang secara tak langsung dapat membantu kita sebagai ibubapa mendidik anak-anak.

Apa yang ibu bapa seperti aku berharap, animasi bersiri seperti itu perlu diperhalusi lagi disamping mengekalkan ciri-ciri bersahaja untuk menyelami dunia anak-anak secara dekat. Aku percaya jika dilakukan dengan niat yang baik, bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak tetapi mendapat kepercayaan penuh dari ibu bapa. Secara tak langsunganimasi upin dan ipin bakal terus mendapat keunikannya tersendiri.

Kini apa yang kita dapat lihat, Les Copaque sedang berusaha keras untuk memenuhi sambutan dari negara luar seperti negara jiran kita Singapura dan Indonesia. Lebih bangga, animasi tersebut juga mendapat perhatian dari studio animasi terkenal, Disney.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails