Sunday, June 27, 2010

MARA dan JPA Hentikan Penajaan Pelajar ke Luar Negara

3 Jun 2010: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengubah dasar yang sedia ada untuk penajaan pelajar ke luar negara. MARA hanya memberi fokus tajaan kepada pelajar yang mendapat tempat di universiti tersohor dan mempunyai reputasi baik seperti Cambridge, Harvard, Oxford, London School of Economics, Imperial College dan Monash University di Australia.
Tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana juga akan tertakluk kepada bidang tertentu yang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius. Pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan MARA memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan.
Biasiswa JPA
14 Jun 2010: Sebanyak 1,500 tempat yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk Program Ijazah Luar Negara (PILN) akan ditamatkan bermula tahun depan. Walau bagaimanapun, pelajar yang mendapat tempat di universiti termuka di dunia masih boleh mendapat biasiswa JPA. Perubahan dasar JPA ini tidak menjejaskan pemberian 300 tempat untuk pelajar yang layak berdasarkan merit dan tidak mengira bangsa.
Sama seperti MARA, matlamat JPA ialah untuk memastikan lebih ramai lagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mendapat biasiswa di universiti-universiti tempatan.
Nota: Berita ini pasti akan membuatkan ibu bapa dan calon-calon SPM sedih dan terkilan. Pada saya, universiti-universiti di Malaysia pun bagus dan sama taraf dengan universiti di luar negara. Jika teringin sangat nak ke luar negara, dapatkan result yang terbaik untuk ijazah pertama dan menyambung pengajian master dan PhD di luar negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails