Sunday, June 27, 2010

Jerman 'rasuah' RM4.8j tewas England

Media terus cetus kebencian

BLOEMFONTEIN: Jerman mengumumkan bayaran £1 juta (RM4.8 juta) kepada semua anggota pasukan kebangsaannya jika menang ke atas England dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Afrika Selatan.

Akhbar Britain, The Mirror menyifatkan pembayaran itu sebagai ‘rasuah’ melaporkan, pengurus Jerman, Joachim Loew membuat pengumuman bonus berkenaan untuk 23 pemainnya iaitu hampir £50,000 (RM240,000) setiap seorang, kelmarin.

Akhbar paling laris Jerman, Bild pula membuat liputan meluas kepada salah laku dan ‘penyelewengan moral’ pemain England bermula dengan pemain pertahanan, Ashley Cole, yang digelar ‘pelaku curang bersiri’, berbeza dengan Thomas Müller yang dikatakan seorang ‘suami contoh.’

Ia juga membangkitkan kembali laporan lalu mengenai penyerang utama England, Wayne Rooney yang mengunjungi pusat urut enam tahun lalu manakala penyerang kedua, Jermain Defoe sebagai suka memakai pakaian wanita.

Tidak cukup dengan itu, Bild juga melabel kapten England, Steven Gerrard sebagai kaki gaduh di bar, merujuk kepada pergaduhan dua tahun lalu membabitkan pemain Liverpool itu yang kemudian didapati tidak bersalah.
Berbeza dengan Gerrard, Bild menekankan kapten Jerman, Philipp Lahm sebagai contoh baik kerana terbabit dalam kempen menangani Aids selain membantu kanak-kanak miskin.

Pemain pertahanan Chelsea, John Terry pula dikatakan sebagai suka ‘menyunting’ kekasih pemain lain yang berbeza dengan penyerangnya, Miroslav Klose yang diuar-uar kan sebagai pemain contoh dan suka memancing. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails