Saturday, June 26, 2010

Panduan Bercuti di Perth

Entri ini khas aku tulis untuk panduan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin melancong di Perth, satu-satunya bandar yang berada di bahagian barat Australia. Perth agak terpisah dari bandar-bandar lain seperti Sydney, Melbourne, Adelaide, Hobart dan Brisbane. Walau bagaimanapun, Perth tetap menjadi pilihan pelancong-pelancong dari Malaysia kerana jaraknya yang lebih dekat dengan Malaysia. Perth juga ada banyak tempat menarik untuk dilawati.
Mata Wang
Ini perkara penting yang perlu korang tahu. Australia menggunakan matawang Dolar Australia dimana 1.00 dollar bersamaan RM3.00 bergantung kepada current exchange. Dollar Australia biasanya tak menentu, sekejap naik dan sekejap turun. Apa yang penting juga, dollar Amerika tak sama dengan dollar Australia.
Penerbangan
Jangan bimbang mengenai penerbangan ke Perth. Banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga terendah untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth. Antaranya ialah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia X, Tiger Airways, dan Qantas. Apa yang pasti MAS dan Air Asia sentiasa menjadi pilihan ramai. Kalau korang alert dengan promosi MAS, tiket pergi balik serendah RM990 boleh korang dapat dan mungkin lebih rendah dari itu. MAS tu beb! Kalau AirAsia lagi murah, mungkin sekitar RM900++ untuk pergi balik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth memakan masa selama 5 jam.
Setibanya di Perth International Airport
Banyak teksi yang boleh diambil di airport dengan bayaran AUD25 atau bersamaan RM75. Teksi di Australia memang mahal sikitla. Kalau nak sewa kereta di airport pun boleh. Ada Avis, Budget, Europcar, Hertz, Redspot dan Thrifty. Boleh rujuk di sinikalau nak lebih informasi mengenai kereta sewa.
Pengangkutan Awam
Di sini banyak pengangkutan awam yang disediakan. Lebih efisyen berbanding RapidKL. Bas di sini memang on time. Kalau jadual bas pukul 2.15 petang, 2.15 petang jugalah bas akan terpacak depan korang. Kalau lambat sikit pun dalam 2,3 minit je. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jadual perjalanan dan tiket bas Transperth.
Penginapan
Sekiranya korang banyak duit, bolehlah tempah hotel 5 bintang di Perth. Kalau bajet sikit je, bolehlah menginap di mana-mana backpakers di sini. Boleh search di Google, ‘Backpackers Perth city’. Kalau aku, aku tak kisah pun tinggal di mana-mana, asalkan dapat berjalan di banyak tempat.
Makanan Halal
Mencari makanan halal di Perth tidak susah pun sebenarnya sebab banyak restoran-restoran halal di sini. Untuk mengetahui senarai makanan halal di Perth, boleh rujuk di sini. Banyak juga restoran Melayu dan Indonesia di Perth. Untuk fast food, KFC, Mc Donalds, Hungry Jack (di Malaysia dikenali sebagai Burger King) tidak halal di Perth. Fast food yang halal biasanya Nandos je. Subway pun boleh makan tapi cuma tuna atau vegi food sahaja. Ada juga beberapa jenis pizza yang boleh dimakan di Australian Pizza House antaranya ialah vegie dan seafood.
Masjid
Di Perth ada beberapa masjid yang boleh korang singgah untuk mengerjakan solat, boleh cek di sini. Tapi biasanya kami di sini solat di mana-mana sahaja tempat yang boleh solat. Kadang-kadang di atas padang, di tepi bangunan atau di tepi pantai. Ada juga tempat-tempat yang disediakan surau antaranya ialah Harbour Town – tempat membeli belah barangan berjenama dengan harga yang termurah. Kalau di Malaysia, aku sendiri tak pernah masuk kedai Cotton On tapi di sini Cotton On tu macam The Store je kot. Memang harganya jauh lebih murah.
Undang-undang Jalan Raya
Ini benda yang aku kena tekankan bila korang sampai je di Australia. Untuk pengetahuan korang semua, di Australia undang-undang jalan raya memang sangat ketat. Had laju dalam kawasan bandar biasanya 60 km/j dan kalau terlebih 62 atu 63 km/j pun mungkin akan disaman kalau CCTV dapat kesan kereta yang korang pandu. Aku tak pasti sangat di Perth tapi kalau di Adelaide, parking kereta dengan menentang arus pun disaman AUD30 (RM90). Kalau langgar traffic light biasanya kena saman dalam AUD200 (RM600). Jadi kalau nak sewa kereta di sini, sila patuhi undang-undang di sini. Jangan samakan Malaysia dengan Australia. Hehe.
Tempat-tempat Menarik
Untuk tempat-tempat menarik di Perth, aku akan kongsikan dalam entri seterusnya.

2 comments:

  1. Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

    ReplyDelete
  2. Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails